2 November 2015

sarapan roti titab di kopitiam kita



assalamualaikum :)

dah lama dah tak jejak kaki dekat bumi kelantan.minggu lepas hujung minggu tu dapat la bejalan kejap dekat kelantan.sebabnya kakak punya kawan kenduri.kakak nak pegi naik bas mama dengan abah pulak tak lepas kakak naik bas sorang.jadinya semua la kena pergi kelantan.yeayy ^ ^

kitorang duduk hotel nama apa ntah dekat ngan wakaf che yeh tu.hari sabtu pagi betolak nak dekat tengah hari sampai.dekat situ mama contact cikgu aku masa dekat mrsm gerik dulu.cikgu homeroom namanya cikgu nani.so esoknya cikgu nani bawak kitorang pegi makan dekat tempat yang special tawww


aku lupe nak tangkap gambar depan kedai tu.tapi nama kedai tu KOPITIAM KITA.dekat kota bharu.orang kelantan mesti taw kan.yang atas tu la benda paling special sekali.nama dia adalah
roti titab!


simple je..roti dengan telur setengah masak atas dia .dengan jem kaya dekat setiap penjuru roti tu.tapi roti dia bukan roti biasa sebab nya saiz dia tebal sikit.aku pun tak taw roti apa.apa yang pasti lembut dan sedap!jem dia pun lain dari lain.sedap gila..

aku taip entry ni pun duk teringat jee..harga dia kalau tak salah laa aee...lima ringgit kot..kalau salah betulkan ye ^ ^


bila aku start potong roti tu.telur kuning dia yang cair tu pun meleleh.ya Allah menggoda aku tengok.hehee.tapi serius sedap weii..datang kelantan korang try laaa.aku pegi tu pun dalam pukul 9 lebih.ramai gila dah orang.sentiasa full kedai ni.

lepas tu ramai dah artis dalang kedai ni termasuk la dato' siti sebab aku tengok dekat dinding kedai ni penuh dah gambar artis yang pernah makan kat sini.



selera abah aku makan.hehee.lepas tu bukan takat roti je.cikgu aku cakap kat situ pun femes nasi berlauk.dia jual bungkus-bungkus.macam-macam la.macam nak rasa semua je tapi dah kenyang.makan roti tu pun kenyang dah.

tapi lepas tu cikgu aku belanja nasi bungkus pulak.pagi tu makan kitorang kenyang sampai ke petang.serius tak tipu.


nasi lauk ikan dengan sikit sambal.aku makan sampai licin..hehee.

ada jugak nasi yang balut dengan daun pisang.ada nama dia tapi aku tak taw apa.mula-mula kitorang ingat kan kuih sebab cara dia balut tu macam memanjang.rupenye nasii..tak pe len kali datang rasa yang tu pulak :)




untuk minum..aku minum white coffee.harga dia empat hengget.ada jugak cikgu aku cerita yang owner kedai ni humble je.masa kiorang datang tu ada.aku tak tengok pun mana satu.cikgu cakap kadang-kadang kalau orang datang dia yang sambut.kalau meja penuh dia suruh pekerja dia cari meja untuk pelanggan dia..

bagus-bagus !! macam tu semua orang pun suka kan.even kedai ramai orang pun still humble.korang kalau yang jejalan kelantan tu singgah sarapan situ taw.dia bukak untuk sarapan je.takat pukul 1 je kot.takat tu jela yang aku taw


papepun lepas makan tangkap gambar dulu.cikgu nani yang tengah tu
makaseh cikgu sebab belanja ^ ^


pape pun roti titab dia terrrbaikkkk 

have a nice day :)


1 comment:

Mizz Aiza said...

sedap tu.. baru tahu nama roti titab.. unik..